Pages

Sunday, October 31, 2010

futsal time..=)

hohohoho..
i'm back...
da lma rsanya tinggal blog ne...
rindu la plak..ahaks!

sj2 jew nk conteng2 kt blog ne..
nk story2 kit pew yg ak wat ngn kwn2...
happening + njoy + fun...
hik3...


futsal time!!!
wah3....njoy abes..
even ari 2 ujan, ak ngn kwn2 p jugak maen..
bak kata sorang mmber ak ne..." ala, maen bwah bmbung kn...hahaha" (pitt yg ckp..hak3)

sejam yg mmg best la..
we are to together for a game..FUTSAL!!
reti maen ke tak, xda hal la...
janji bola bergolek n masing2 tersenyum..
2 pown da kira bagus da...

to all my frens, u all terbaek la..hik3..
big smile..~

jom intai2 gmbar kami yg 'terer' ne maen...hahaha...


 lepak2 lpas pnat maen...


tgkla aksi-aksi pemain 'terbaek' hak3




credit to all my frens
pitt, hanum, fiera, nabila, hawa, k.huda, ili, ayu, farah sukun, chin, fieza 

with love..
C.I.K.F.A.R.A

Sunday, October 10, 2010

My 1st C.E.R.P.E.N


Di sebuah kedai makan....
dua teman sedang berbicara...

'' aein, sha nk b'tunang minggu depan. Jemputla dtg rumah yea, dpt sma-sama  raikan hari bahagia sha." ujar arisha kpd sahabat baik merangkap teman sepejabatnya itu.

" apa?? kau da nk b'tunang sha? kau tak pernah ada boyfriend pun, tetiba ja nk b'tunang... kau tak main-main kan sha?. aein seakan-akan terkejut dengar berita yg baru disampaikan oleh sha.
'' iye..aku tak main-main aein. Memang aku tak ada boyfriend, tp tak b'makna aku xnak kawin kan. Aku masih perlukan insan yg bernama lelaki." balas arisha.

''tp.....'', aein masih tidak puas ati dengan penjelasan sahabatnya itu. 

arisha hanya tersenyum melihat kelakuan aein yang masih ragu-ragu dgn berita pertunangannya. '' aein, mcm ne la. kau percaya kn manusia dicipta berpasangan, lelaki dan perempuan? ". Aein mengangguk. 

" Tapi sha, aein tak perlukan lelaki.. aein ada semuanya, rumah, kereta, harta, kawan-kawan, dan keluarga...aein rasa itu semua da dpt melengkapkan hidup aein. takpe la sha, ini dah takdir kau, sebagai sahabat aku akan sentiasa doakan kau bahagia..'' Aein tersenyum melihat sha yg berada di depannya.

''Terima kasih aein. Ak pun doakan kau bahagia mcm aku jugak..aein, bole aku cakap sikit?" soal arisha. "Cakapla sha, ak sedia m'dengar". balas aein.
" aku tau aein, kau sgt kecewa dgn lelaki..tapi kau xboleh ckp kau tak perlukan mereka. Kau salah aein. sebenarnya hidup kau belum lengkap aein...percayalah. Aku sendiri tidak b'cinta tapi aku masih menerima kehadiran seorang lelaki, bukalah pintu hati kau aein, b'bahagialah seperti aku.."

''tapi kenapa sha?? lelaki semuanya sama..hanya tahu kecewakan perempuan''. balas aein.

'' tak semua lelaki mcm tu..ada ayah kau skitkan ibu kau? tidak kan..jadi kau tak patut m'hukum lelaki kerana cerita silam kau aein. itu tidak adil..aein, lelaki tu adalah tulang belakang kpd sorang perempuan, begitulah sebaliknya..saling memerlukan..kau ckp kau ada kawan2, tp nak ke diorang b'kepit dgn kau 24 jam sehari?.. nk kew kongsi semua msalah2 kau??..tak semudah tu aein...percayalah aein, lelaki bertuah yg kau pilih sebagai teman hidup kau nnti akan terus menemani kau walau susah dan senang.'' terang arisha panjang lebar.

Aein hanya diam mendengar kata-kata arisha sambil matanya terus memandang makanan di hadapannya. "aein, aku minta maaf kalau kata-kata aku tu dah buat kau sakit hati.'' sedikit sebanyak arisha merasa bersalah melihat keadaan aein di hadapannya.


'' takda papela sha, kau tak salah pun..bila difikirkan balik, ada betulnya kata-kata kau tu. aku tak sepatutnya b'sikap mcm tu. aku dah menghukum diri sendiri dan orang lain kan.."


''sha, kalaulah kau tahu apa yg sedang aku rasai..aku sebenarnya takut menerima kehadiran seorang lelaki. aku takut dihukum lagi atas salah yg aku sendiri tidak pasti..sakit di hati lebih parah dari luka yg t'hasil di luaran sha..aku takut ditinggalkan sekali lg, aku tak mampu utk bangun kembali seperti skrg sha.." getus hati kecil aein.  Mungkin arisha tidak dpt m'dengar kata-kata itu, tetapi arisha seakan-akan dapat m'baca kesedihan yg t'buku di hati aein. Mereka telah berkawan sejak di bangku sekolah, tak mungkin arisha masih tidak dapat memahami reaksi wajah aein.


Seperti yg dijanjikan..hari pertunangan arisha akan berlansung hari ini..arisha kelihatan sangat manis dalam persalinan berwarna merah jambu yg indah. sesuai sekali dgn kulitnya yang putih dan bersih itu. terpancar riak kebahagian di wajah arisha setelah bakal ibu mertuanya menyarung cincin di jari manisnya...meskipun arisha tidak mengenali siapa bakal suaminya, tetapi dia tetap menerima takdirnya dengan ikhlas.


Aein tidak mahu menganggu sesi bergambar arisha bersma bkal ibu mertuanya, jadi dia mengambil keputusan utk pergi menolong di dapur. aein membantu menghidangkan makanan kepada rombongn yg hadir pada majlis pertunangna tersebut. Tiba-tiba hati aein rasa berdebar setelah terpandang satu wajah yg cukup dikenalinya. Ya, itu ashraf. Walaupun kedudukannya agak tersorok, namun Aein masih dapat mengenali wajah itu. Selesai shaja majlis itu, rombongn dari pihak lelaki meminta izin utk pulang, begitu juga dengan aein. Tetapi arisha memintanya utk menunggu sedikit masa lagi kerana katanya mahu dikenalkan aein dgn tunangnya. Aein akur dgn permintaan sahabatnya itu.


Setelah hampir setengah jam menunggu, terdengar satu suara memberi salam. Bagaikan terhenti jantung aein ketika itu apabila suara itu milik ashraf. Ashraf telah diperkenalkan sebagai tunang arisha. aein berlagak seperti tiada apa yg berlaku ketika itu, begitu juga ashraf yg berpura-pura tidak mengenali aein. Setelah mengucapkan tahniah kpd arisha dan ashraf, aein terus meminta diri utk pulang..dia sudah tidak dapat bertahan jika masih berlama-lama di situ..tidak mungkin dia menitiskan air mata di atas kebahagian sahabatnya sendiri.


Bagi ashraf, tidak mungkin dia lupakan cinta pertamanya itu...tetapi kemarahannya mengatasi segalanya. kekasihnya yg dianggap curang itu tidak mungkin akan dimaafkan. Disebabkan itu, dia berpura-pura tidak mengenali aein walaupun dia tahu hati aein sedang menangis dgn perlakuannya itu.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, air mata aein tidak henti-henti mengalir. dia tidak menyangka tunang sahabatnya sendiri adalah bekas kekasihnya. Hanya kerana dia b'kawan rpat dgn seorng lelaki, ashraf telah menuduhnya curang. tetapi kerana tidak mahu b'gaduh, aein telah mendiamkan tuduhan itu sekaligus telah mengiakan tuduhan ashraf itu walaupun dia tahu dirinya tidak bersalah. dia telah merelakan perpisahan cinta agung yg telah mereka pupuk selama b'tahun-tahun itu.


di sebalik semua yg berlaku, arisha merasakan dirinya sgt b'tuah kerana dikurniakan seorang lelaki yang baik serta wajah yg tidak kurang kacaknya. sesungguhnya dia bersyukur diberikan jodoh seperti yg telah diidamkannya walaupun tanpa cinta..


tiga bulan berlalu....


'' aein, minggu depan aku b'nikah. kau datang rumah aku awal sikit yea. aku nk kau jadi pengapit aku nnt.. bole kn??'' terdengar suara arisha di corong telefon.


setelah lama mendiamkan diri, akhirnya aein bersuara. " maaflah sha, aku tak dapat la pergi majlis kau nnti.. ak ada urusan di luar..kau tau kan, masalah yg b'laku di cawangan syarikat kita, aku yg kna uruskan.."yeke??" soal arisha.  "iye..takkan kau tak ingat?'' aein terpaksa berbohong kepada arisha. ''tak apala kalau mcm tu..majlis di pihak lelaki nnt ada lg kan..hehehe". balas arisha.

setelah seminggu...


''hai lynn...terima kasih yea sudi dtg majlis aku ne.." sapa arisha pada lynn yg juga merupakan teman sepejabatnya. "erm, takda papela...sha, ne ada hdiah utk kau daripada aein, nnt aku ltak dalam bilik kau ya".. kata lynn. " ok lynn, thanks ya".

Di sebelah malam, arisha terpandang hadiah daripada aein itu. arisha mengambil keputusan utk membuka hadiah tersebut bersama-sama suaminya, ashraf. aein telah menhadiahi mereka dengan sebuah pasu yg sgt cantik. bersama-sama pasu itu terdapat sepucuk surat dan dgn pantasnya arisha m'buka lipatan surat itu..




sha....
tahniah yea dia atas perkahwinan kau..aku doakan kau bahagia dengan ashraf..
semasa kau baca surat ini, mungkin aku telah selamat sampai di tanah suci utk mengerjakan umrah..
maafkan aku sha kerana terpaksa berbohong..ak disini utk mencari ketenangan yg xmungkin ak dapat di majlis perkahwinan kau, sha..
sha, maafkan aku juga kerana tak b'terus terang tentang hal yg sebenarnya..
sebenarnya sha, ashraf la satu-satunya lelaki yg pernah aku cintai sepertimana yg pernah ak ceritakan pada satu masa dulu..
janganah kau salah anggap di atas pengakuan aku ini sha.. ak xmungkin akan merampas suami yg kau nikahi..
dialah syurga kau skrg sha..kau hargailah dia..
jgnlah kau melakukan kesilapan yg sma seperti aku yg tidak tahu menghargai insan sebaik ashraf..
sha...kalaulah kau dpt merasai kesedihan aku semasa aku melihat sebentuk cincin disarung ke jari kau oleh ibu ashraf. Wanita yg pernah aku angan-angankan utk m'jadi ibu mertuaku..remuknya hati aku bila ashraf diperkenalkan sebagai tunang kau sha...tp ak redha, mugkin kau jodoh t'baek utknya...
sha, jgnlah ada dendam di hati kau terhadap aku..dan jgnlah kau m'hukum ashraf dia ats pgakuan aku ini...
kau bhagiakan la dia sha..
kau pernah kta pda aku, lelaki adalah tulang belakang seorang perempuan..
kini, dialah tulang belakang kau sha...
tanpa dia, tak mungkin kau akan dpt b'diri dgn betul..
aku telah m'dpat ketenagan aku di sini sha..
mungkin kebahagian yg aku cari akan singgah setelah aku m'buka hati aku utk insan lain..
sha...pinjamkanlah semangat dan keyakinan kau pada aku.
aku perlu b'diri semula supya ak dpat b'kogsi kbahagiaan yg kau rasai..


ashraf..
mungkin kau juga sedang m'bca surat ini bersama-sma isteri yg baru kau nikahi yg juga merupakan shabat yg pling ak sayangi..
kau sayangilah arisha melebihi syg kau padaku dulu..
dialah yg akan m'jadi penemanmu seumur hidup..
ibu kepada anak-anak kau yg comel..
jgnlah kau sia-siakan hidupnya...
dialah wanita yg t'baek yg dihadiahi tuhan kepada kau...


arisha & ashraf..
semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hyat..
bertindaklah sebagai tulang belakang antara satu sama lain supaya kalian dapat berdiri tegak seiring denganku..
semoga bahtera yg kalian bina akan terus b'layar di laut yg tiada penghujungnya ini...
insyaallah....


sahabatmu yg kejauhan,
-AEIN-

oh no!!!


cpatnya masa b'jalan....opsss..b'lari kowt...
sdar xsdar da msuk bln sepuluh pown..
ati mkin gundah gulana ne...
waa....tolon2...
next month da final...amacam cik fara????

ingtkn blajar 2 mudh...
sush jugak...
lgpun bnda pa yg mudah kn cik fara....
alhamdulillah...
dari sini ak dpt menilai diri sendiri...

belajar untuk berusaha...
cuba utk jadi yg t'baek...
cuba m'cari diri sendiri...
n yg paling pnting....sudah pndai b'korban....
gud cik fara!!! u're not a little gurl anymore...

arggghhhh...
sushnya ati ne....
tingkatkan lg la speed memory cik fara ne...
tmbh cket lg power bdn cik fara utk xtdo b'ari2...
hahahaha

i'm going to be a small robot...yeah..
ahaks!!


Wednesday, October 6, 2010

gelagat cik fara..!!!

alahai cik fara....
dalam keadaan bdan yg penat dek tido yg huru hara..
blajar pown jd xfokus...
keja nk maen jew...
lect ajr kt dpan, ak lak maen2 d blakag...
sory yea cik shamsul...hik3...
sy janji pasni sy buat lg...hak3...



time bm lak da present n test.....
prepare last minit..
so, men bedal jewla forum td....hahaha
nsib baik la kwn2 terer2 sumenya, leyla backup ak yg mrapu ne...ayoooo...
janji confident level yg tinggi 2 ada...cnfirm menjadi..kih3


 huhuhu...selesaila sudah ari rabu cik fara ne....

hehehe....

mari kita tgk apa cik fara buat time ptg...jeng3


kwn2 smbt belated besday la pulak....waaa..terharu2..
besday chin a few days ago...
so kwn2 cik fara yg baek ati ne clebrate la utk ktorg...hihi

thanks yeah!!!!

Tuesday, October 5, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

kisah 2 budak comel (@_@)

kisah si adik....

NURUL ARISYA HANIM....

kesayangan angah yg comel...
geng angah ne... 
wat jewla pape kt dia...
sush tol nk nangis..hik3..
geram pulak jadinya...haha..
love u gurl2...
muahx3!!!!





kisah si abg..

MOHD ARIFF HAKIMI

da 3 taon lbey...
pantang jumpa angah, mesti nk gado...
nkalnya dia...ari2 buli ecah...
ish3...nsib baik la adk tahan lasak...
haha
pape pown cyg si gemok ne..kih3





ANGAH LOVE ARISYA & ARIFF!!! 





Monday, October 4, 2010

segalanya da brubah....

kalau dulu...
semuanya dibantu....
bila nangis pasti akan ada yg dtg memujuk...
bila gembira, akan ada yg dtg b'kongsi...
bila sakit, akan ada yg mrawat....



tapi kini....
segalanya da brubah...
diri semakin dewasa...
semuanya perlu diusahakan sendiri...
benarlah, usia akan mematangkan seseorang...


melangkaui 21 tahun...
dewasakah ak???
semuanya t'letak pada diriku sendiri...
cara ak m'bawa haluanku...


ak sedang cuba utk m'jadi yg t'baik...
mampukah ak....??
mengorak langkah utk mencapai sesuatu yg sukar utk digapai...


ibarat kata seorang teman..
"bukan senang nak senang"

ya..
ianya benar..
segalanya perlu diringi dgn usaha yg b'terusan...
insyaallah....

kini masanya.....

sudah lamanya rsanya ak b'kongsi rasa hati ini pada umum...
menggunakan halaman di fb, ak mula b'cerita sedikit demi sedikit rasa hati ak..

jadi, ak rsa ak perlu maju setapak lagi utk memuaskan hati sendiri...
di sinilah bkal ku coretkan semua kegembiraan dan kesedihan hati ak...
akan ku kogsi segalanya disini...
di halaman ini...

insyaallah...(@_@)